Monday, October 1, 2012

PM BERSAMA ORANG MUDA !!



Sebagai ANAK MUDA Ambo berasa begitu terharu dengan kabaran berita daripada Perbentangan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada 28.09.2012 yang lalu. Tidak pernah Ambo jangka dan menduga begitu prihatin Kerajaan Malasyia kepada ANAK MUDA sehingga diberikan layanan sebaik ini.

ANAK MUDA bersyukur kerana Kerajaan telah mengambil kira pendapat kami dengan memberikan peluang untuk memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) yang mana permohonannya telah diperluaskan dengan membuka kepada individu bujang yang berumur 21 tahun keatas yang bependapatan tidak lebih RM 2,000.00 sebulan, yang akan menerima bantuan RM 250.00

Selain itu, ANAK MUDA juga diberikan rebat sebanyak RM 200 untuk memiliki Telefon Pintar. Maklumlah sekarang ini zaman Gadget dan internet dihujung jari, YAB Perdana Menteri melihat ini sebagai satu keperluan kepada ANAK MUDA.

Mewakili ANAK MUDA, Ambo nak ucapkan TERIMA KASIH kepada YAB Perdana Menteri atas keperihatinan ini...

Alhamdulillah, bersyukurlah atas rezeki yang dikurniakan ini....


No comments:

Post a Comment