Sunday, September 30, 2012

Exco Kelantan Ke 'Oversea' 25 Kali Setahun??

Mudoh Nok Suroh Exco Gi "Oversea"....PAS buat Kapa Terbe sdiri

Mungkin perkara ini sudah lama berlaku kepada mana-mana Exco dan Wakil Rakyat di Negeri Kelantan. Tidak mustahil sekiranya seorang Exco itu mampu untuk melancong ke Luar Negara kerana mereka mempunyai harta dan wang ringgit yang banyak "tok habis nok make". Namun persoalan timbul benarkan perbelanjaan Exco tersebut di biayai sendiri? atau mungkin ianya ditanggung Kerajaan Negeri atas alasan tugasan rasmi? Jawapan ini hanya ada pada Exco terbabit dan 'orang-orang yang mengetahuinya.

Adakah Exco yang berada disebuah negeri SERAMBI MEKAH lupa akan peringatan ketuanya Nik Aziz yang pernah berpesan agar Exco berjimat cermat membelanjakan wang kerajaan negeri. Sebagai seorang yang berlatar belakangkan agama, pesanan Nik Aziz supaya  jimat berbelanja wang kerajaan negeri mencerminkan keperibadian beliau yang mengutamakan kepentingan rakyat melebihi daripada kepentingan peribadi. Adakah perkara ini betul-betul terjadi? Berapa ramaikah Exco yang menurut perintah dan pesanan Nik Aziz ini? Ataupun suara Nik Aziz tidak lagi didengari oleh Exconya?

Ada kalanya sebagai rakyat kita patut menilai sejauh manakan keISLAMan pemimpin Negeri Kelantan yang sentiasa melaungkan selogan "Membangun Bersama Islam" dan sentiasa bersifat sederhana dengan menampilkan kesederhanaan apabila berhadapan dengan rakyat. Apabila berdepan dengan rakyat, pakaian sengaja diburukan, kerata dilamakan, duit dikurangkang. Namun dibelakang rakyat segala kemewahan ada pada dirinya. Sehingga sanggup berlakun demi menagih simpati daripada rakyat. Inikah seorang Pemimpin Islam? 

Apa yang dikesali lagi adalah apabila di dalam kerakusan Ecxo 'membaham' harta Negeri rakyat diajak supaya membantu Kerajaan Negeri untuk membangunkan Negeri. 'Tak dok pasal-pasal rakyat hok jadi mangsa'. Rakyat diseru supaya menghulurkan derma untuk membina Lebuhraya Rakyat yang sememangya "GILA" untuk membinanya melalui hasil derma. Bagi ambo baik Nik Aziz potong perbelanjaan Exco yang 25 kali setahun tadi ke Luar Negara untuk tampung kos membina Lebuhraya ini.

Nampaknya, Kerajaan Nik Aziz sudah "kuca bara"...adakah mungkin mereka menganggap Nik Aziz ini hanya sebagai BONEKA dan tidak layak menjadi ketua? 

Fikir-fikirkanlah demi "ANOK BUMI KLATE"

Mungkin cerita yang lebih "molep" ada disni....selamat membaca...

http://msomelayu.blogspot.com/2012/09/lawatan-pbt-exco-dan-kakitangan.html






No comments:

Post a Comment