Sunday, October 14, 2012

RAKYAT BACHOK DI TIPU !!!


Hok Cerdik Tok Mari Belako Tinggak Hok Cap Ayam Jah...Hehe


Beberapa hari yang lepas AMBO dimaklumkan oleh seorang sahabat dari Bachok bahawa NGO 'R' (Rukrik) dan Amanan akan mengadakan ceramah secara besar-besaran di Bachok dengan penampilan Pemimpin UMNO yang ternama iaitu YBM Ku Li (Ahli Parlimen Gua Musang) serta penampilan julung-julung kalinya Bekas Ketua Pemuda UMNO Bachok, Dr Zaiyadi Awang Noh yang khabarnya akan membuat satu pengumuman penting.

Makan dengan rasa ingin tahu intipati Ceramah tersebut, selepas Asar AMBO memulakan perjalanan untuk ke Bachok (kena tolok awal sebab jauh) dengan beberapa orang sahabat. Tujuan AMBO bukan nak sokong perjuangan "bodoh" R ni tapi untuk mendengar ucapan wakil UMNO dalam Ceramah ini iaitu YBM Ku Li.

R habis caro tipu rakyat suruh mari dengar dio belawok

Dipendekan cerita...lebih kurang pukul 9.50 Ceramah dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis seterunya diserahkan kepada Presiden R Malaysia (koya nate ni) Nazri Deraman yang berhujah tidak ubah seperti penjual minyak "atar". Nazri memaklumkan bahawa YBM Ku Li dalam perjalanan, Zaiyadi dalam perjalanan, Husam 'mungkin' dalam perjalanan. Kenyataan ini AMBO terasa pelik dan sesuatu akan berlaku malam ini.

Selesai sahaja Nazri berhujah bodoh dia, Zaiyadi pula mengambil tempah, ucapan tak ubah menggambarkan orang yang kecewa berada dalam UMNO dan mengubah destinasi apabila tiada 'harga' lagi. Ada ke patut dia kata Nuar Brehim manusia yang pakar dalam ekonomi yang ada di Malaysia. Nak "jeluok" dengar ayat tu.

Oh ya....lupa pulak...semasa Zaiyadi berucap dipentas mula kelihatan YB-YB 'make gaji buta' di Bachok ini ataranya Cikgu Aziz dan Utz Hase, Utz Umar tidak kelihatan namun 'bakal' calon Perupok ada, Hj Mie.(Kata R ni tidak ada kaitan dengan parti politik, jadi YB-YB ni bukan politik ke?)

Bukti PAS di sebalik R

Akhirnya, dalam ucapan Zaiyadi terjawablah sudah persoalan rakyat Bachok yang hadir untuk mendengar ucapan YBM Ku Li apabila Zaiyadi berkirim salam bagi pihak YBM Ku Li dan Husam Musa yang tidak dapat hadir tanpa sebab yang kukuh...hahahaha..."pade muko mung ore PAS keno bodo ko R".


Hero UMNO yang dikatan akan melenyapkan UMNO telah mengecewakan R

Sebaik sahaja selesai ucapan "insan kecewa" itu, orang ramai mulai bersurai walaupun ceramah belum habis sebab selepas itu mereka menayangkan video YBM Ku Li tentang Royalti ini. Rata-rata antara mereka kecewa kerana tidak dapat mendengar ucapan YBM Ku Li, kalau setakat Nazri dan Zaiyadi 'tok jjadi apo'. 

Maka AMBO pun pulanglah dengan kekecewaan tak dapat nak mendengar ucapan Pemimpin UMNO iaitu YBM Ku Li. Dalam perjalanan balik AMBO berbual dengan sahabat, lain kali kalau nak bagi ceramah orang ramai hadir kita kena pamerkan gambar pemimpin yang besar-besar dan apbila tiba masanya ciptalah apa sekali pun alasan cakapa orang tersebut tidak dapat hadir.

Kenyataan YBM Ku Li beberapa hari lalu


Jadi, sekali lagi AMBO nak mengajak rakyat Kelantan fikir, jangan selama-lamya kita diperbodohkan oleh golongan yang bodoh ini...

Kita tukar sekali bagi mandat kepada BN mentadbir Kerajaan kelantan...InsyaALLAH berjaya !!

Wednesday, October 10, 2012

KERAJAAN BATU !!!





Satu lagi BATU Nik Aziz cipta



AMBO terasa tertarik pagi ini apabila melihat seorang "saing" AMBO "posting" gambar Nik Aziz menandatangani plat Perletakan batu Asas Bandar Baru Dabong. Maka bertambahlah lagi satu "BATU" Kerajaan Negeri Kelantan. AMBO hairan kenapa Nik Aziz suka sangat dengan "BATU" ni. Mungkin ada sejarah kehidupan Nik Aziz dengan "BATU" ni.


Kalau kita lihat dan mengikuti perkembangan Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Nik Aziz ni berapa banyak sudah "BATU" yang diletakan sebagai simbolik permulaan sesuatu projek, namun "BATU" itu hanya tinggal "BATU" sahaja namum pembinaannya "HABUK PON TAK DAK". 



Sebagai contoh yang AMBO tertarik adalah "BATU" Jambatan Palekbang yang sehingga sekarang selori simen dan selori pasir pun tidak kelihatan untuk membina dan menyiapkan Jambatan Palekbang ini. Apa yang AMBO kesal dan sedih sekarang ini "BATU" itu menjadi tempat orang kampung "tambak" Kambing dan Lembu sahaja. Sampai bila nasib "BATU" ini akan kekal seperti itu? AMBO pun tak pasti.


BATU Jambatan Palekbang

AMBO bukan nak bercerita pasal "BATU" tetapi kebelakangan ini banyak "telajok" janji Kerajaan Nik Aziz yang belum tertunai. Bagi AMBO tidak maju sesebuah Negeri hanya dengan adanya "BATU" sahaja. AMBO pasti sebagai rakyat Kelantan kita semua boleh menilai "kecerdikan" Kerajaan Nik Aziz ini menipu kita.


Marilah sama-sama kita berfikir demi masa depan Negeri Kelantan kita yang tercinta ini. Kita mahu Kerajaan yang "JANJI DI TEPATI" bukan "JANJI DI MUNGKARI"...


Ingat Nik Aziz ingat "BATU"....












Sunday, October 7, 2012

"LORONG HAJI TAIB" DI KELATE ???





"Kuman Di Seberang Laut Nampak, Gajah Di Depan Mata Tidak Nampak" mungkin kata-kata ini sesuai AMBO tujukan kepada Nik Aziz yang juga MB Kelate. Ini kerana sehari dua nih AMBO ada terbaca dalam beberapa "Wall" di "Facebook" berkaitan KELAB MALAM, RUMAH URUT & TEMPAT "MAK NYAH" menjual "BARE" di sekitar KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM. 

Adakah Nik Aziz sedar akan kewujudan pusat-pusat MAKSIAT ini di Kelate? Ataupun Nik Aziz sengaja "mentidak sedarkan" akan kewujudan pusat-pusat MAKSIAT ini demi menjaga KUASA politikNya dan sekutu-sekutunya di Kelate amnya dan di Kota Bharu khususnya. 

Sekiranya Nik Aziz sedar akan hal ini, kemanakah ISLAM  Nik Aziz pergi? Kenapa tidak diperjuangkang sehingga pusat-pusat ini ditutup? atau Nik Aziz takut nasib Dr Hassan Ali di Selangor terjadi kepada dirinya kerana cuba mengapuskan pusat-pusat MAKSIAT ini.

Apa yang peliknya perkara ini sudah dimaklumkan kepada YB-YB dikawasan sekitar, dan ianya dilakukan oleh "orang kuat" Nik Aziz sendiri..kalau tak percaya AMBO kata buktinya dibawah ini yang AMBO ambil dari wall mereka...


AMBO sebagai rakyat Kelate yang sayangkang kesucian BANDARAYA ISLAM ini mohon jasa baik agar Kerajaan Negeri segera menyiasat akan hal ini untuk memastikan Kelate bebas MAKSIAT...

Mari kito pakat pikir...betul ko perjuange Nik Aziz nih...

Selamat Berfikir...














PUTRAJAYA KABUR !! UBAH POSISI 4-3-3 KEPADA 5-4-1 (DALAMAN PAS)





Bajet 2013 - Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat Sebuah janji Di Tepati merupakan satu tikaman yang tepat ke arah badan dan jantung Pakatan Penipu Rakyat hinggakan ada di antara kalangan jentera parti bawahan mereka mula gusar dan keluh kesah jika PRU13 diadakan di tengah-tengah agihan BR1M 2.0 Januari ini. Insyaallah.




Dengan apa yang AMBO dengar dari segenap rakyat di ceruk-ceruk kampung dan desa mahupun pinggir kota begitu bersyukur dengan apa yang akan disalurkan ini.



Hakikatnya rakyat sebenarnya sudah mulai bosan dan sudah jeluok (muak muntah)  dengan helah dan alasan pakatan penipu rakyat yang asyik menyalahkan orang lain tetapi enggan memperbaiki kelemahan diri sendiri untuk berlumba membuat kebajikan kepada rakyat.

Wednesday, October 3, 2012

NIK AZIZ DAN KISAH PELEPAH PISANG TUA.....





Ini kisah pelepah kelapa dan pelepah pisang. Apa bezanya antara kedua-duanya? Nampak seperti sama sahaja sebab kedua-duanya adalah pelepah. Kalau sama sahaja, apa pula keistimewaannya hingga ia patut kita semua ketahui?

Sebenarnya ada perbezaan besar antara pelepah kedua-dua pokok itu. Pelepah kelapa apabila sudah tua, dengan sendirinya ia akan jatuh ke bumi. Atau dalam bahasa orang politik, apabila sudah sampai masanya, dengan sukarela seseorang pemimpin itu akan berundur.

Pelepah pisang pula lain sifatnya, makin tua makin susah atau liat untuk luruh atau gugur ke pangkalnya. Sampai reputpun, pelepah pisang tetap berpaut pada batang pisang. Pelepah pisang tidak sanggup turun dari tempat yang didudukinya walaupun di atasnya sudah penuh dengan pelepah-pelepah yang lebih segar dan muda.

Satu masa dahulu Malaysiakini ada menulis bertujuan menyindir Tun Dr Mahathir yang telah lama menjadi Perdana Menteri dan tidak ada tanda-tanda akan mengundurkan diri.

Ha ha ha ha ha ha ha ha ...... Sekarang ini terbukti siapa yang sebenarnya pelepah Pisang tua. Tun Dr. Mahathir telah membuktikan diri beliau adalah seorang ahli politik yang bermaruah atau dalam bahasa sindirannya pelepah kelapa tua. Pelepah kelapa yang tua apabila gugur ke bumi masih diperlukan atau masih berguna lagi, masih berkhidmat lagi kepada masyarakat. kadang-kadang ianya membakar diri bagi memberikan manfaat kepada ramai pihak.


Pelepah pisang tua pula tidak sanggup untuk meninggalkan tempat bergantungnya kerana dia sedar bahawa dirinya tidak akan jatuh kecuali dijatuhkan atau direntap dengan kasar atau dicantas untuk jatuh. Pelepah pisang tua ni memang liat. Dah tua kerepot pun masih tidak mahu gugur. Dia sedar kalau dia digugurkan, alamatnya ianya akan dicincang-cincang untuk dijadikan baja.

Sekarang ini pemimpin politik yang layak memegang gelaran pelepah Pisang tua adalah Nik Aziz

Fikir-fikirkahlah....

Monday, October 1, 2012

PM BERSAMA ORANG MUDA !!



Sebagai ANAK MUDA Ambo berasa begitu terharu dengan kabaran berita daripada Perbentangan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada 28.09.2012 yang lalu. Tidak pernah Ambo jangka dan menduga begitu prihatin Kerajaan Malasyia kepada ANAK MUDA sehingga diberikan layanan sebaik ini.

ANAK MUDA bersyukur kerana Kerajaan telah mengambil kira pendapat kami dengan memberikan peluang untuk memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) yang mana permohonannya telah diperluaskan dengan membuka kepada individu bujang yang berumur 21 tahun keatas yang bependapatan tidak lebih RM 2,000.00 sebulan, yang akan menerima bantuan RM 250.00

Selain itu, ANAK MUDA juga diberikan rebat sebanyak RM 200 untuk memiliki Telefon Pintar. Maklumlah sekarang ini zaman Gadget dan internet dihujung jari, YAB Perdana Menteri melihat ini sebagai satu keperluan kepada ANAK MUDA.

Mewakili ANAK MUDA, Ambo nak ucapkan TERIMA KASIH kepada YAB Perdana Menteri atas keperihatinan ini...

Alhamdulillah, bersyukurlah atas rezeki yang dikurniakan ini....