Wednesday, October 10, 2012

KERAJAAN BATU !!!





Satu lagi BATU Nik Aziz cipta



AMBO terasa tertarik pagi ini apabila melihat seorang "saing" AMBO "posting" gambar Nik Aziz menandatangani plat Perletakan batu Asas Bandar Baru Dabong. Maka bertambahlah lagi satu "BATU" Kerajaan Negeri Kelantan. AMBO hairan kenapa Nik Aziz suka sangat dengan "BATU" ni. Mungkin ada sejarah kehidupan Nik Aziz dengan "BATU" ni.


Kalau kita lihat dan mengikuti perkembangan Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Nik Aziz ni berapa banyak sudah "BATU" yang diletakan sebagai simbolik permulaan sesuatu projek, namun "BATU" itu hanya tinggal "BATU" sahaja namum pembinaannya "HABUK PON TAK DAK". 



Sebagai contoh yang AMBO tertarik adalah "BATU" Jambatan Palekbang yang sehingga sekarang selori simen dan selori pasir pun tidak kelihatan untuk membina dan menyiapkan Jambatan Palekbang ini. Apa yang AMBO kesal dan sedih sekarang ini "BATU" itu menjadi tempat orang kampung "tambak" Kambing dan Lembu sahaja. Sampai bila nasib "BATU" ini akan kekal seperti itu? AMBO pun tak pasti.


BATU Jambatan Palekbang

AMBO bukan nak bercerita pasal "BATU" tetapi kebelakangan ini banyak "telajok" janji Kerajaan Nik Aziz yang belum tertunai. Bagi AMBO tidak maju sesebuah Negeri hanya dengan adanya "BATU" sahaja. AMBO pasti sebagai rakyat Kelantan kita semua boleh menilai "kecerdikan" Kerajaan Nik Aziz ini menipu kita.


Marilah sama-sama kita berfikir demi masa depan Negeri Kelantan kita yang tercinta ini. Kita mahu Kerajaan yang "JANJI DI TEPATI" bukan "JANJI DI MUNGKARI"...


Ingat Nik Aziz ingat "BATU"....












No comments:

Post a Comment