Tuesday, December 4, 2012

ANAK KECIL MAIN API..




Berdiri bulu roma Ambo apabila wakil Kelab UMNO Luar Negera menyayikan lagu ini semasa di Perhimpunan Agung UMNO 2012. Tidak hairanlah apabila ada dikalangan orang ramai yang hadir menitiskan air mata menghayati maksud disebalik lagu ini. 

Jadi Ambo nak ajak seluruh rakyat Malaysia marilah sama-sama kita hayati lirik dan cuba kita fahami betul-betul maksud disebaliknya.



Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara


Ayuhlah Bangsaku..Bangkitlah sebelum rebah..
Tak Akan  Melayu Hilang Didunia..

No comments:

Post a Comment