Tuesday, January 29, 2013

JANJI DITEPATI !!




Alhamdulillah..semua ini berlaku dalam keadaan rakyat Kelantan tidak jangka.

Minggu lepas YAB Perdana Menteri umumkan nak bina kampus baru UiTM Kota Bharu, petang semalam (28.01.2013) Dato' Sri Mustapa Mohamed umumkan tanah untuk pembinaan kampus tersebut sudah ada.

Minggu lepas YAB Perdana Menteri umum nak wujudkan sistem pengangkutan bas bandar RapidKB di Kota Bharu. petang semalam (28.01.2013)  Dato' Sri Mustapa Mohamed umumkan SPAD dah pun siapkan rangka kerja sistem ini & Tok Pa akan jumpa SPAD minggu depan.


Minggu lepas YAB Perdana Menteri umumkan pembinaan lebuh raya baru Kota Bharu-Kuala Krai.

TERKINI: Jam 7.30 pagi tadi Dato' Sri Mustapa Mohamed bertemu dengan 3 pegawai tertinggi JKR bagi membincangkan Lebuh Raya tersebut. Tanpa meminta 'sedekah rakyat'.





Buatlah pilihan yang bijal demi masa depan yang cemerlang.



Monday, January 28, 2013

HABIS MADU SEPAH DI BUANG !!


MUKTAMAD...itulah yang Ambo tahu mengenai nasib bekas TIMBALAN PRESIDEN PAS yang juga AHLI PARLIMEN BACHOK (YB Ustaz Nasharudin Mat Isa) yang telah disahkan dipecat daripada menganggotai Majlis Syura Ulamak PAS. Pemecatan itu disahkan sendiri oleh Setiausaha Agong PAS, Datus Mustapha Ali.

Dengan pemecatan itu, USTAZ NASHA sekarang ini hanya menjadi ahli BIASA dalam PAS. Kenapa tidak dilucutkan sekali keahlian PAS??

Apa yang Ambo dapat buat andaian, punca pemecatan USTAZ NASHA ini adalah apabila kebelakangan ini, beliau jelas sentiasa bersama kepimpinan Negera termasuk YAB Perdana Menteri. Terbaru beliau antara yang bersama YAB PM semasa melawat GAZA minggu lepas.

Apa-apa pun Ambo nak ucapkan sekalung TAHNIAH kepada USTAZ NASA atas keberanian beliau menegakan kebenaran walaupun mendapat tentangan hebat daripada kepimpinan PAS yang "KECUT PERUT" kerana tidak berani memecat keahlian PAS USTAZ NASA.

Ambo doakan USTAZ NASHA sentiasa diberikan kekuatan oleh ALLAH dalam melaksanakan tugas sebagai seorang KHALIFAH di muka bumi ini.


Monday, January 21, 2013

TERIMA KASIH PM



Tidak ada perkataan lain yang mampu Ambo ucapkan kepada PM yang tersayang ini melainkan dengan ucapan TERIMA KASIH...TERIMA KASIH...TERIMA KASIH... atas keperihatinan kepada RAKYAT Kelantan. 

Walaupun Kelantan berada dibawah pemerintahan PAS tetapi atas sifat kasih sayang dan cakno maka PM mengetepikan semua itu. Ini bukti bahawa PM tidak pernah meminggirkan RAKYAT Kelantan. 

Kehadiran PM di RTC kelmarin yang dismbut gembira oleh 50,000 RAKYAT cukup memberi semangat untuk RAKYAT Kelantan bangkit dan berusaha untuk mengubah Kerajaan Negeri (PAS) yang ada pada hari ini. Ini ditambah pula dengan pengumuman 7 perkara di bawah :


1.Lebuh Raya KB-KK, 
2.Stadium, 
3.Masjid Terbesar Di Kelantan (RM 50 Juta), 
4.UiTM Kampus Bandar, 
5.Rapid KB, 
6.Perumahan Rakyat 3000 unit serta Rumah Mampu Milik & 
7.Menyelesaikan Masalah Bekalan Air Bersih

Itulah janji PM sekiranya BN memerintah Kelantan dalam PRU-13 nanti, Jambatan Sultan Yahya ke-2 yang dijanjikan BN dalam manifesto PRU-12 pun BN buat walaupun BN kalah, inikan pula jika BN menang Insyallah Putera Sulong Allahyarham Tun Abdul Razak akan tunaikan sebagaimana tertunainya janji-janji BN sebelumnya.

PAS macam mana ekkk... bila la nak tunai janji-janji sebelum ini, MUNAFIK merupakan satu perkataan yang paling sesuai digunakan kepada PAS Negeri Kelantan.

Fikir-fikirkahlah....