JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,
sebentar tadi mengumumkan pemberian BR1M3.0 dan BR1M4.0 akan diteruskan kepada
kepada kumpulan penerima sama bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan
sederhana.
Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Johor di
Kulaijaya, dekat sini.
"Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang prihatin
dengan nasib rakyat," katanya.
Najib berkata bagi memastikan kerajaan boleh meneruskan dasar membantu rakyat,
orang ramai mesti memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk
kerajaan pada pilihan raya umum nanti.
"Jika kita mampu memperoleh kerajaan yang kuat, masa depan kita dan negara
akan lebih cerah lagi," katanya.
Menerusi BR1M dan BR1M2.0 penerima yang layak adalah mereka yang berpendapatan
di bawah RM3,000 sebulan yang mendapat RM500.
Bagi yang bujang dan berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah layak mendapat
RM250.
No comments:
Post a Comment