Ini kisah pelepah kelapa dan pelepah
pisang. Apa bezanya antara kedua-duanya? Nampak seperti sama sahaja sebab
kedua-duanya adalah pelepah. Kalau sama sahaja, apa pula keistimewaannya hingga
ia patut kita semua ketahui?
Sebenarnya ada perbezaan besar
antara pelepah kedua-dua pokok itu. Pelepah kelapa apabila sudah tua, dengan
sendirinya ia akan jatuh ke bumi. Atau dalam bahasa orang politik, apabila
sudah sampai masanya, dengan sukarela seseorang pemimpin itu akan berundur.
Pelepah pisang pula lain sifatnya,
makin tua makin susah atau liat untuk luruh atau gugur ke pangkalnya. Sampai
reputpun, pelepah pisang tetap berpaut pada batang pisang. Pelepah pisang tidak
sanggup turun dari tempat yang didudukinya walaupun di atasnya sudah penuh
dengan pelepah-pelepah yang lebih segar dan muda.
Satu masa dahulu Malaysiakini ada menulis bertujuan menyindir Tun Dr Mahathir yang
telah lama menjadi Perdana Menteri dan tidak ada tanda-tanda akan mengundurkan
diri.
Ha ha ha ha ha ha ha ha ...... Sekarang
ini terbukti siapa yang sebenarnya pelepah Pisang tua. Tun Dr. Mahathir telah
membuktikan diri beliau adalah seorang ahli politik yang bermaruah atau dalam
bahasa sindirannya pelepah kelapa tua. Pelepah kelapa yang tua apabila
gugur ke bumi masih diperlukan atau masih berguna lagi, masih berkhidmat lagi
kepada masyarakat. kadang-kadang ianya membakar diri bagi memberikan manfaat
kepada ramai pihak.
Pelepah pisang tua pula tidak
sanggup untuk meninggalkan tempat bergantungnya kerana dia sedar bahawa dirinya
tidak akan jatuh kecuali dijatuhkan atau direntap dengan kasar atau dicantas
untuk jatuh. Pelepah pisang tua ni memang liat. Dah tua kerepot pun masih tidak
mahu gugur. Dia sedar kalau dia digugurkan, alamatnya ianya akan
dicincang-cincang untuk dijadikan baja.
Sekarang ini pemimpin politik yang
layak memegang gelaran pelepah Pisang tua adalah Nik Aziz
Fikir-fikirkahlah....
hahaha! i like...
ReplyDeletekita tunggu la PRU 13, pelepah tua masih ada lagi ker x...
ReplyDeletehahahhahah